Wednesday 20 July 2011

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Hasil Pembelajaran


1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tajuk kursus:



1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
• Memilih bahan sastera
• Memilih bahan tatabahasa
• Memilih bahan bidang ilmu lain


5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.


6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
• Struktur Linear
• Struktur Rangkaian


7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
• Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
• Membina bahan.


8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
• Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
• Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran


9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
• Prosedur pengeditan
• Prinsip pengeditan
• Melaksanakan pengeditan
• Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.


10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
 Membina bahan video dan audio
 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.


11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
• Konferensi secara dalam talian
• Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.


12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
• Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan


13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan


14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran


15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


Penggunaan ICT didalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990an. Di dalam era globalisasi ini, ICT telah dilihat sebagai satu alat yang telah mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu metod yang lebih cekap, fleksibel dan efektif (Uden & Campion 2001) . Dewasa ini kebanyakkan institusi pendidikan telah mula memperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada ICT seperti pembelajaran secara atas talian, courseware, sidang video dan sebagainya (Govindasamy 2002).

Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tingggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994).

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994; Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigm diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Oleh itu pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut.

Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer.

Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh Negara termasuk sekolah-sekolah di luar bandar (Berita Harian 2005). Proses pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berbantukan computer (PBK).

Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing computer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991).

Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya.

Kemunculan Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Kajian Ashfahani (2001) mendapati bahawa prestasi mata pelajaran fizik pelajar berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi pelajar berkebolehan tinggi dalam penggunaan komputer. Dapatan kajian yang sama juga diperolehi oleh Mustapa dan Naufal (2005) terhadap pelajar berkebolehan rendah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Kajian mereka menunjukkan kumpulan tahap kebolehan rendah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik secara signifikan berbanding pencapaian kumpulan tahap kebolehan tinggi (t = -5.7, p =0.00)

Pelbagai sumber rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;

i. Tutoran ; Mengadungi modul berintraktif yang merangkumi 3 tahap pembalajaran, iaitu peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
ii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iii. Tahukah Anda: Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan sains, geografi, manusia dan Seni Bina.
iv. Perkongsian Pintar: Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar.
v. Forum: Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.
vi. Bahan-bahan Laian: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT, pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-11)

‘The internet can offers teachers a lot of resources, communication, capabalitity, instructional activities and a wealth of ideas fo how to improve your lessons.’ Tan Chye Chee: 211)

MyschoolNet menyediakan sumber rujukan yang dikhaskan untuk guru seperti berikut;

i. Pengajaran dan Pembelajaran: Menyediakan panduan tentang model pengajaran dan pembelajaran seperti Kepintaran Pelbagai (Multiple Inteligences), Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB), Pembelajaran Masteri (Mastery Learning, dan Kajian Tindakan.
ii. Pentaksiran: Maklumat tentang format dan contoh amalan penilaian dan pentaksiran.
iii. Pengurusan Bilik Darjah: Memuatkan pelbagai artikel berkaitan pengurusan bilik darjah.
vii. Belajar IT: Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iv. Perkongsian Pintar; Memauatkan senarai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia berserta kertas kerja projek, foto, alamat rujukan pemenang dan sebagianya. Program kerjasama pendidikan bertaraf antarabangsa seperti ‘Malaysian-British School Link Program’ yang melibatkan kerjasama antara sekolah di Malaysia dengan sekolah di United Kingdom, dan projek semasa yang seumpamanya.
v. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran: Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran peringkat KBSR dan KBSM.
vi. Forum: Ruangan untuk guru berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.
viii. Bahan-bahan Lain: Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT, pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah. (Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-11)




Etika Profesional Teknologi Maklumat

ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI
MAKLUMAT

Objektif :
1. Mengetahui masalah moral dan isu etika
komputer
2. Memahami prinsip etika komputer
3. Memahami etika profesional TM
4. Mengetahui fungsi kod etika profesional
5. Keperluan etika komputer

Etika Komputer
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah
antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.Penggunaan TM + x bertanggungjawab = isu etika/natijah

Masalah Moral dan Etika
1. Penggertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada
dengan tujuan utama membuat keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

3. Virus
Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang
hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.


Prinsip Etika Komputer

1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan
dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.

Pengenalan Warisan


Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diterima secara turun - temurun oleh seseorang dan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu.
Ianya menggambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunannya.
Pengiktirafan Warisan Di Peringkat Antarabangsa
Senarai Pengiktirafan UNESCO :
1
World Heritage List (Senarai Warisan Dunia)
• Taman Negara Kinabalu ( Disenaraikan dalam tahun 2002)
• Taman Negara Gua Mulu (Disenaraikan dalam tahun 2002)
• Pusat Bandar Lama Melaka dan George Town (Tentative List)
• Betung Kerihun National Park, Kalimatan Barat & Lanjak Entimau Wildlife Sactuary & Batai Ai, Sarawak.(Tentative List)
• Taman Negara Pahang-Terengganu-Kelantan (Tentative List)
• Gua Niah, Sarawak (Tentative List)
2
Proclamation of Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity
• Makyung (Tentative List)
3
UNESCO-AHPADA (ASEAN Handicraft Promotion & Development Association) Seal of Excellence
• 7 kraf Malaysia telah disenaraikan iaitu : Kotak bulat berhias Bekelalan bekas buluh simpan kemian, Bidayuh, Pua Kumbu, Iban Apok Sog Aleh, Orang Asli Moyang Harimau Berantai, Mah Meri Kusyen bemban & sutera.
ANTARA SENARAI AKTA YANG DIRUJUK BAGI PENGGUBALAN ‘HERITAGE PRESERVATION BILL 2005
ADAT & SENI
• Akta 222 - Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 1979
• Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka, 1988
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
BAHASA & SASTERA
• Akta 80 - Akta Perpustakaan Negara, 1972
• Akta 213 - Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959
• Akta 331 - Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 1986
• Akta 550 - Akta Pendidikan 1996
• Akta 629 - Akta Arkib Negara, 2003
MONUMEN
• Akta 172 - Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976
• Akta 168 - Akta Bendapurba, 1976
• Cultural Properties Bill
ALAM SEMULAJADI
• Akta 226 - Akta Taman Negara, 1980
• Akta 313 - Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993)
• Akta 76 - Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972
• Akta 129 - Akta Penyiasatan Kajibumi, 1974
• Akta 134 - Akta Orang Asli, 1954
• Enakmen Mineral Negeri
• Peraturan -Peraturan Kuari Negeri
• Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992)
• Akta 525 - Akta Pembangunan Mineral, 1994
BEBERAPA AGENSI WARISAN DI MALAYSIA
Kerajaan Negeri :
• PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka)
• Penang Heritage Trust (Persatuan Warisan Pulau Pinang)
• Yayasan Warisan Johor
• Pusat Warisan Pulau Pinang
• (Zoo tempatan/negeri)
Lain-lain Jabatan Persekutuan :
• Arkib Negara
• Jabatan Muzium & Antikuiti
• Dewan Bahasa & Pustaka
• Pejabat Kebudayaan, Kesenian & Warisan Negeri
• Jabatan Alam Sekitar
• Jabatan Perhilitan
• Jabatan Mergastua
• Jabatan Mineral dan Sumber Asli
BEBERAPA AGENSI WARISAN DI MALAYSIA
• Jabatan Bukan Kerajaan (NGO)
• Badan Warisan Malaysia (Heritage of Malaysia Trust)
• Persatuan Warisan Pulau Pinang (Penang Heritage Trust)
• Malacca Heritage Trust
• Persatuan Warisan Perak (Perak Heritage Society)
• Malaysian-Ducth Eurosian Association
• Yayasan Anak Warisan Alam
• PUSAKA
• Badan Warisan Masjid Melayu Leboh Acheh
• WWF (World Wide Fund ) Malaysia
• Persatuan Alam Semulajadi Malaysia / Malaysia Nature Society
Agensi Antarabangsa Berkenaan Perlindungan Warisan
• UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) UNESCO adalah badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerjasama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Ia mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.
• ICOMOS (International Council on Monument and Site) ICOMOS adalah badan NGO yang memberi nasihat kepada UNESCO berkenaan pemeliharaan dan pengurusan warisan budaya. Ia juga menilai mana-mana tapak warisan untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia.
• IUCN (International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources) IUCN adalah badan NGO yang memberi nasihat kepada UNESCO berkenaan pemeliharaan dan pengurusan warisan alam semulajadi termasuk sumber galian. Ia juga menilai mana-mana tapak alam semulajadi untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia.